Wednesday, January 17th

20151212_152816Negara Vietnam adalah sebuah negara di selatan tenggara Asia. Negara Vietnam berjiran dengan Negara China di sebelah utara dan negara ini juga berjiran dengan Negara Laos dan Negara Cambodia di sebelah barat daya. Ibu kota Vietnam adalah Hanoi. Terdapat 4 daerah di Vietnam iaitu Can Tho, Da Nang, Hai Phong dan Kota Ho Chi Minh. Ho Chi Minh dulunya dikenali sebagai Saigon. Industri yang dihasilkan Vietnam ialah peralatan mesin, plywood, tekstil, kimia dan kerja tangan. Hanoi menjadi ibukota Vietnam pada abad ke-7. Namanya yang berasal dari bahasa Mandarin, Đông Kinh, menjadi Tonkin dan dipakai bangsa Eropa ke seluruh wilayah Vietnam. Hanoi dijajah Perancis tahun 1873 dan diserahkan kepadanya sepuluh tahun kemudian.

Kota Ho Chi Minh (bahasa Vietnam: Thành Phố Hồ Chí Minh, dulu bernama Saigon) adalah ibukota Vietnam Selatan sejak 1954 sampai 1976. Kota ini terletak di sebelah barat Sungai Saigon. Vietnam Selatan (Nama resmi: Republik Vietnam, bahasa Vietnam: Việt Nam Cộng Hòa) adalah negara antikomunis yang berdiri dari tahun 1954 hingga 1976.

Bahasa Vietnam (tiếng Việt, juga tiếng Việt Nam atau Việt ngữ), adalah bahasa resmi Vietnam (Việt Nam).

Vietnam hidup dalam peperangan dari sejak 40 tahun lagi. Bermula dengan pengusiran pendatang dari China Utara, hinggalah Amerika lari lintang pukang pada tahun 1975. Kemusnahan teruk berlaku antara Tahun 1964 hingga tamatnya perang.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.