Saturday, December 16th

                   Kembara Riadah Travel & Tours Sdn Bhd (KRT&T Sdn.Bhd) sangat menekankan kualiti dalam servis tours yang dilaksanakan. Kaedah dan tatacara pengendalian setiap pakej pelancongan kami agak berbeza dengan lain-lain travel agensi. Ini kerana pakej tours dibawah anjuran Kembara Riadah Travel adalah istimewa kerana program tours, makan minum dan pemilihan Hotel dibuat sendiri oleh pihak kami tanpa menggunakan Khidmat Agent Luar atau Local Agent. Pakej kami menjadi lebih tersusun, sempurna dan menarik. Mereka yang pernah mengikuti pakej anjuran Kembara Riadah Travel di bawah Trademark “Pakej Tours HJ MUZAMMIL” sebagai pengarah syarikat ini memang sudah mengetahui bagaimana kami melayan semua peserta dan servis kami adalah yang terbaik.

                   Secara kebetulan Pengarah Syarikat kami Hj Muzammil sendiri adalah seorang berpersonaliti yang agak luar biasa. Kebolehan beliau dalam bercerita, berlawak, berjenaka, menyanyi dan adakala menari sangat mencuit hati peserta. Beliau mampu untuk mengulas, mengupas setiap aspek pensejarahan sesuatu tempat yang dilawati sehingga kepada aspek pewujudan alam semulajadi yang menyentuh aspek geografi juga, beliau mampu mengulasnya. Pendekatan kami dalam tours sangat berbeza kerana mengamalkan pakej tours yang mesra pengguna. Kami memberikan peserta hotel yang selesa dan kedudukan lokasi yang strategik di pusat bandar, kami yang menetapkan sendiri pilihan hotel, bukannya kepada tours guide atau local agent. Pilihan restoran tempat makan dan menu adalah atas pilihan kami sendiri. Malah menu yang dipilih juga sangat menyelerakan, bukan sahaja bersih tetapi makanan yang halal dan segar. Program tours, termasuk tempat shopping kami sendiri yang pilih. Peserta akan lebih bebas untuk membeli belah dan seronok dengan harga yang murah dengan pilihan yang pelbagai.

                 Untuk pengetahuan anda, kebanyakan dari Syarikat Travel Agent yang ada, mereka akan berlumba-lumba mengemukakan iklan tours masing-masing beserta destinasi pakej dengan harga tawaran yang murah. Adakalanya mereka menawarkan harga pakej yang terlalu rendah hingga tidak logik iaitu dibawah paras harga kos. Akhirnya, peserta akan teranianya dan tertipu kerana apabila peserta sudah mendaftar dan wang sudah dibayar barulah peserta diberitahu harga pakej tidak termasuk wang Tipping, Duit Airport Tax, Airport Handling, dan lain-lain. Malah ada ketikanya peserta dipaksa pula untuk shopping di kedai-kedai yang mengambil komisyen tinggi bagi menampung pengurangan kos pakej. Selain itu, mereka akan mengelak atau buat endah tak endah jika peserta meminta untuk shopping di kawasan pusat jualan murah seperti bazar atau Central Market di pusat-pusat bandar utama, dalam sesebuah negara.

                 Akhir sekali, semua jenis pakej dan cadangan tarikh yang dinyatakan dalam jadual ini adalah tentatif program dari kami sendiri. Kami menggunakan cara pendekatan sendiri untuk memastikan perjalanan pakej tours berjalan lancar dan semua pelanggan berpuas hati dengan pakej yang dijalankan. Harga pakej yang berbeza-beza tidak menjamin peserta boleh mendapat servis yang terbaik. Kami tidak suka menipu peserta atau bermain-main dengan harga untuk mengaburi mata para peserta. Harga yang terlalu rendah dalam sesuatu pakej selalunya mempunyai beberapa kesan antaranya mereka akan  mengurangkan perkhidmatan servis untuk peserta. Kami menjamin harga kami bersesuaian dengan perkhidmatan yang diberikan. Kami amat mengalu-alukan jika ada Persatuan, Pertubuhan, Agensi Swasta dan Agensi Kerajaan untuk mencadangkan Program Lawatan Khas dengan tarikh cadangan yang lain.