Wednesday, January 17th

20151205_170230Negara Turki adalah satu-satunya negara yang duduk diantara 2 Benua iaitu Asia dan Eropah 97% (790,200 KM) di kawasan Asia dan 3% (24,378 KM) di kawasan Eropah. Negara Turki mewarisi bangsa dari Rom Timur di Anatolia dari Empayar Byzantine dan keturunan Arab dan Parsi.

Semasa Islam mula berkembang di Madinah dan Mekah awal abad 10 Masehi. Madinah menjadi pusat pentadbiran dan perkembangan islam. Semasa zaman penaklukan islam zaman Saidina Othman, islam semakin berkembang pesat sehingga ke Benua Eropah. Pada masa tersebut pusat pentadbiran islam telah bertukar ke Turki. Turki menjadi pusat pertemuan Timur dan Barat dan pusat perkembangan islam seterusnya dibawah Khalifah Uthmaniyyah (1288 Masehi hingga 1924). Negara Turki mula mengalami kemelesetan sebagai pusat perkembangan islam dan bertukar menjadi negara sekular dibawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk. Mustafa Kamal Ataturk adalah bekas ketua tentera yang berkuasa. Mengambil alih tempat pemerintahan sebagai presiden di Turki pada tahun 20 Oktober 1923.

Beliau telah memusnahkan institusi Khalifah Islam dan membawa pengaruh barat masuk ke Turki dan menolak islam. Antara tindakan kejam Mustafa Kamal Ataturk yang dilihat sebagai pengkhianat Islam ialah :-

1. Menghapuskan sistem Pemerintahan Khalifah Islam dan menghapuskan sistem pemerintahan islam pada tahun 1924.

2. Menghapuskan Kementerian Wakaf yang bertujuan membantu anak-anak yatim dan golongan miskin. Dana wakaf yang ada digunakan untuk membina patung beliau yang diletakkan di seluruh Negara Turki.

3. Menutup semua Masjid-masjid di Turki, Masjid Al-Fateh dijadikan gudang, kecuali Masjid Abu Ayyub Al-Ansari sahaja dibenarkan berlaku pada tahun 1925.

4. Masjid Aya Sofia ditukarkan menjadi Muzium. Semua ayat-ayat Suci Al-Quran yang menghiasi Masjid diminta diturunkan pada tahun 1925.

5.  Hukum Islam di Turki digantikan dengan undang-undang Hukum Swiss – 1926

6. Tarikh kalendar Hijrah digantikan dengan tarikh kalendar Masehi – tahun 1926

7. Tahun 1928 – Sistem huruf Jawi Arab digantikan dengan huruf Latin atau Rumi. Wanita Turki tidak dibenarkan memakai tudung atau purdah dan mesti berpakaian cara barat. Lelaki diarah memakai topi koboi dan dilarang memakai serban.

8. Al-Quran mesti di terjemaah dan dibaca dalam Turki. Begitu juga seruan Azan dan bacaan dalam sembahyang mesti dibuat dalam bahasa Turki – 1928

9. Beliau menutup semua Sekolah Agama, Pusat Tahfis Al-Quran dan Universiti Islam Turkey – 1933

10.  Cuti hari Jumaat dihapuskan – 1935

Mustafa Kamal Atartuk meninggal dunia di Istana Dulanah Baghjah di Istanbul pada 10 November 1938 akibat penyakit radang hati dan pelbagai penyakit misteri. Mayatnya diletakkan dalam keranda timah di Muzium Etnografi, Angkara selama 15 tahun. Mayatnya kemudiannya dipindahkan ke Bangunan Memorial di Angkara dari tahun 1953 hingga ke hari ini. Difahamkan mayatnya tidak boleh ditanam diatas tanah. Sebaliknya disimpan dalam batu marmar yang diletakkan di atas satu platform khas. Wallahuwaallam.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.