Saturday, October 21st

SurabayaGunung Bromo berasal dari perkataan dewa utama Hindu iaitu Brahma. Orang-orang Jawa menyebutnya Bromo.Gunung Berapi aktif dengan ketinggian Probolinggo,Pasuruan,Lumajang dan kabupaten Malang.Gunung Bromo ini berada dalam satu kawasan rangkaian gunung-gunung di kawasan lembah dan padang pasir yang luas membentuk satu fenomena alam semulajadi geografi yang sungguh unik dan indah sekali.Di sini terdapat Gunung Batok (2,440 meter)Gunung Kursi (2,581 meter),Gunung Widodaren (2,614 meter) dan Gunung Witanagn (2,601 meter) yang seiring dengan gunung Bromo.Gunung Bromo ini adalah gunung berapi yang masih aktif,pernah meletus beberapa kali dalam jangka masa anggaran kekerapan dalam 30 tahun.Gunung Bromo pernah meletus pada tahun1767,1775,1804,1815,1820 dan letusan yang terbesar terjadi pada tahun 1974.Kali terakhir Gunung Bromo meletus ialah pada tahun 2010 yang lalu.Gunung Bromo ini masih mengeluarkan asap di permukaannya.

Dari segi sejarah,kawasan pergunungan ini diduduki oleh penganut Agama Hindu yang asala wujud sejak beribu-ribu tahun lalu.Mereka menganggap Gunung Bromo ini adalah gunung suci.Setiap bulan purnama mereka mengadakan upacara KASODO di kawasan pura(kecil) Hindu Purba yang terletak di kaki Gunung Bromo.

Peserta berpeluang melihat pemandangan indah keseluruhan rangkaian gunung-gunung ini di atas Penanjakan II dan menaiki Jeep (4WD)menjelajahi padang pasir.Juga peserta akan dibawa menaiki kuda untuk ke kaki Gunung Bromo dan menaiki 248 anak tangga menuju ke kawah Gunung Bromo.

MASJID SUNAN AMPEL

LAWATAN MENJEJAKI SEJARAH WALI SONGO DI PULAU JAWA

Lawatan anda ke Surabaya tidak bermakna jika anda tidak melawat tempat-tempat bersejarah perjuangan ulama-ulama terkanal di Pulau Jawa.Adalah penting bagi kita umat Islam di Nusantara untuk menghayati perjuangan Walisongo dalam proses pengislaman penduduk Pulau Jawa-lawatan khusus ke makam dan Masjid Sunan Ampel.

Ahli sejarah tidak dapat memberikan tarikh yang tepat bila Islam datang ke Nusantara.Di Semenanjung Tanah Melayu sendiriterdapat pelbagai pendapat berbeza tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu.Ada juga pendapat menyatakan ia melalui Negeri China di Pantai Timur Tanah Melayu.Ada jugak pendapat menyatakan ia melalui pedagang Arab/India yang berniaga di pelabuhan Melaka.Hanya batu bersurat di Kuala Berang,Terengganu sahaja yang menjadi bukti tarikh kedatangan Islam ke Tanah Melayu tahun 1303.

Namun di Pulau Jawa,Indonesia kedatangan Islam dan perkembangan Islamisasi di sana berkembang dengan begitu cepat sekali.Ianya bermula dengan hasrat pemerintah Kerajaan Islam Turki waktu itu,Sultan Muhammad 1 yang mahu memperkembangkan Islam di Pulau Jawa.Sejak zaman dahulu,Pulau Jawa di perintah oleh 2 kerajaan Hindu yang kuat iaitu Majapahit dan Panjajaran.Agama Hindu yang menguasai penduduk Pulau Jawa pada waktu itu.Sultan Muhammad 1 mengirim surat kepada semua pembesar Islamdi Afrika Utara dan Timur Tengan dan meminta mereka menghantar beberapa ulama yang berwibawa untuk memperkenalkan Islam di Pulau Jawa pada tahun 1404 masihi atau 808 Hijrah,maka dikirimkan 9 orang ulama terhebat iaitu

1.Maulana Malik Ibrahim

-Pakar Pentadbiran Negara

-Berasal dari Turki

-Wafat pada tahun 1419 dan di makamkan di Desa Apurosukolilo,Kota Gresik,Jawa Timur.

2.Maulana Ishaq

-Pakar perubatan

-Berasal dari Samarkand,Uzbekistan

-Adik Kandung Maulana Malik Ibrahim.

3.Maulana Ahmad Jumadil Kubro

-Berasal dari Mesir

-Berkebolehan dalam menangkis amalan khurafat dan memusnahkan berhala-berhala

-Wafat pada tahun 1465 M dan dimakamkan di Mojokerto,Jawa Timur

4.Maulana Muhammad Al-Maghrobi

-Berasal dari Maghribi,Moroco

-Menumpaskan kepercayaan karut dan berhala

Wafat pada tahun 1465 M dan dimakamkan di Jatinom Klaten,Jawa Tengah

5.Maulana Malik Isro’il

-Berasal dari Turki

-Berkebolehan mengatur pentadbiran Negara

-Wafat pada tahun 1435 M dan dimakamkan di Gunung Santri,cilogen Jawa Barat

6.Maulana Muhammad Ali Akbar

-Ahli bidang perubatan

-Berasal dari Parsi,Iran

-Wafat pada 1435 M dan dimakamkan di Gunung Santri,Cilogen Jawa Barat

7.Maulana Hasanuddin

-Berasal dari Palestin

-Berdakwah menumpaskan berhala-berhala di sekitar Jawa

-Wafat pada tahun 1465 M dan dimakamkan di Masjid Banten Lama

8.Maulana Aliyuddin

-Berasal dari Palestin

-Menumpaskan berhala

-Wafat pada 1462 M dan di makamkan di Masjid Banten Lama

9.Syeh Subakir

-Berasal dari Parsi,Iran

-Kemahiran bercucuk tanam

-Wafat di Parsi

Setibanya mereka di Pulau Jawa,mereka membahagikan tugas masing-masing di seluruh pulau Jawa.Cara mendakwahyang digunakan amat berkesan kerana proses pengislaman dibuat secara halus dengan meresap masuk melalui budaya masyarakat tempatan dan cara hidup mereka.Islam diterima dengan senang oleh penduduk Jawa.

MUKJIZAT (Karomah para Wali)-di Masjid Sunan Ampel

Di Masjid Sunan Ampel ini anda berpeluang melihat sendiri karomah yang Allah SWT berikan kepada hambanya yang terpilih iaitu kawasan pemakaman Masjid Sunan Ampelterdapat Makam salah seorang murid /pengikut Sunan Ampel bernama Mbah Salleh.Beliau bertugas sebagai siak masjid yang sangat rajin membersihkn masjid yang sangat rajin membersihkan masjid.Beliau meninggal dunia sebanyak 9 kali(dengan izin Allah)

Apabila Mbah Salleh menninggal dunia,dia dimakamkan di bahagian masjid di sebelah Timur.Setelah beliau meninggal,keadaan masjid selepas itu menjadi tidak terurus dan tidak bersih lagi.Sunan Ampel secara bersahaja berkata “alangkah baik jika Mbah Salleh masih hidup,masjid tidak akan kotor begini’

Sebaik kata-katanya ini,keesokannya Mbah Salleh akan berada dalam masjid dan sedang bersolat dengan para jemaah.Beliau hidup semula dengan izin Allah dan masjid kembali bersih semasa Mbah ada.keadaan ini berulag sebanyak 9 kali.Beliau meninggal dunia kali ke 9 selepas wafatnya Sunan Ampel pada tahun 1478 M.Buktinya kita dapat melihat sendiri 9 kubur yang dimiliki oleh Mbah Salleh,semasa lawatan kita ke masjid Sunan Ampel.

Karomah yang kedua,di masjid ini ialah makam Mbah Sonhaji Atau Mbah Bolong(lubang)Mbah Sonhaji adalah salah seorang murid Sunan Ampel.Semasa pembinaan masjid ini,Sunan Ampel telah menetapkan tempat pengimanan dan arah kiblat.Sebahagian dari sahabat-sahabat Mbah Sonhaji mempertikaikan kedudukan arah kiblat yang ditetapkan kedudukan arah kiblat yang ditetapkan oleh Sunan Ampel.Mbah Sonhaji dengan tegas telah membuat lubang dihadapan tempat imam solat.Dia memanggil sahabatnya melihat di lubang itudan jelas sekali Kaabah di Mekah dapat melihat dari dalam lubang itu.Sejak dari itu Mbah Sonhaji digelar sebagai Mbah Bolong (membawa maksud lubang).Ini adalah antara karomah yang ada pada zaman kegemilangan dakwah di Ampel.

 

 

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.