Wednesday, January 17th

 

SABAH

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di dalam kepulauan Borneo yang ketiga terbesar di dunia. Negeri Sabah sepanjang 1440km (900 batu) melintang sepanjang Laut China Selatan di barat dan Laut Sulu di Timur. Luas negeri Sabah ialah kira-kira 74500 kaki persegi Negeri Sabah terkenal dengan alam semula jadi hutan hujan tropika dan gunung ganang yang sangat cantik dan indah. Suhunya yang sejuk, nyaman dan udaranya yang bersih menyebabkan negeri Sabah digelar “Negeri Dibawah Bayu”

 

Sabah mempunyai penduduk seramai 2 juta dengan mempunyai 30 jenis etnik kaum yang berbeza dengan bahasa dialek berjumlah 80 jenis. Semua suku kaum ini hidup aman damai dengan mengamalkan kebudayaan masing-masing yang penuh dengan keharmonian dan warna-warni. Antara suku kaum yang terkenal di Sabah ialah Kadazan, Murut, Dusun dan Bajau. Kaum Kazadan/Murut banyak mendiami kawasan pendalaman  dan kawasan pendalaman yang sejuk. Kaum Bajau terkenal dengan aktiviti lasak. Kaum ini juga turut digelar sebagai “Cowboy Timur”. Kaum Murut pula tinggal di Kawasan hutan jauh ke pendalaman dan tinggal di rumah-rumah  panjang. Mereka sangat mahir dengan kerja-kerja pemburuan dan aktiviti pertanian

 

Negeri Sabah sangat terkenal dengan adanya Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu 4095 meter dari paras laut. Kawasan pergunungan croker yang terletaknya  Gunung Kinabalu ini sangat kaya dengan flora dan fauna. Di Taman Kinabalu anda boleh melihat Bunga Raflesia yang terbesar di dunia dan Pokok Periuk Kera yang jarang ditemui di dunia, terdapat disini. 

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.