Monday, August 21st

Tentang Kami-Senarai Ahli

  Kembara Riadah Travel & Tours Sdn. Bhd. (KRT&T) adalah sebuah Syarikat Travel Agent milik penuh Bumiputra yang beroperasi di Utara Semenanjung Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2005 dan pejabat tetap kami ialah di No 11-1 , Jalan Usahawan 4, Pusat Perniagaan Kepala Batas, 13200 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Sejak beroperasi selama 8 tahun, kami telah memberi perkhidmatan pelancongan kepada hampir 9,500 orang individu yang suka melancong dan ingin menimba pengalaman melawat tempat orang dengan seribu kenangan manis ke serata dunia. Moto syarikat kami ialah ”Kembara sambil beriadah untuk menghayati anugerah Allah, kerana jauh berjalan, luas pandangan, tambah pengalaman dan tingkat keimanan.”

                 Syarikat KRT&T dimiliki oleh HJ MUZAMMIL BIN ABD RAZAK iaitu seorang penjawat Awam sebuah agensi kerajaan yang memilih persaraan secara pilihan bagi menceburi bidang perkhidmatan pelancongan ini. Pengalaman beliau yang luas sebagai pegawai pembangunan masyarakat di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) selama 20 tahun adalah pemangkin kepada pengetahuan dan kelebihan beliau untuk mengatur dan melaksanakan perjalanan pakej tours yang berkesan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang iaitu pengkhususan bidang sejarah. Pengetahuan beliau dalam bidang Sejarah ini telah banyak memberi kelebihan kepada beliau untuk bercerita tentang aspek sejarah yang menyentuh aspek sosio budaya, sosio politik dan sosio ekonomi di semua negeri-negeri yang dilawati. Setiap pelancong pasti akan teruja dan begitu terpesona bila mendapat taklimat dan penerangan yang sangat berkesan dalam setiap tour mereka. Selain dari beliau sebagai pengarah syarikat, terdapat seramai 5 orang lagi kakitangan yang berpengalaman membantu beliau dalam menguruskan perjalanan syarikat KRT&T Sdn.Bhd. iaitu :

  • » Pegawai Penyelaras Pelancongan :- Pn. Wan Norliza Bt. Che Rus
  • » Pegawai Pemasaran :- En. Azman Bin Kamaruzaman
  • » Pegawai Operasi Pelancongan :- En. Muhammad Nafis Bin Muzammil
  • » Penolong Pegawai Penyelaras Pelancongan :- Cik Nurul Safina Bt. Md Yusoff
  • » Pembantu Pelancongan :- Hj Ab. Rahman B. Hj Ismail PJM

KRT&T Sdn Bhd – Mempunyai lesen perniagaan pengendalian pelancongan dan   perniagaan agensi pengembaraan seperti berikut :

  • » Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri
  • » Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri
  • » No lesen : KPL/LN : 4700
  • » Tarikh Tamat lesen : 09 Mei 2015

             Syarikat kami juga berdaftar dengan kementerian kewangan dibawah kod perkhidmatan pelancongan. KRT&T Sdn Bhd sangat mementingkan kualiti dan servis yang baik. Mereka yang pernah mengikuti pakej anjuran kami pasti sudah tahu akan bagaimana kami melayan peserta dan menyusun atur jadual pakej kami supaya menjadi lebih menarik lagi. Syarikat kami memberikan pendekatan lebih kepada menjalankan segala urusan perkhidmatan pakej tours dengan cara dan kaedah sendiri.

Kami meminimakan penggunaan Local Agent. Kami menguruskan sendiri jadual tours, pilihan menu makanan, yang bukan saja halal, tetapi enak dan menyelerakan. Pilihan hotel yang selesa dan strategik, juga tempat shopping yang menjadi tumpuan utama, murah dan menarik. Pakej kami mementingkan kepada hubungan ukhwah islamiah sesama saudara islam dan tanggungjawab terhadap agama. Kami sering mengadakan lawatan ke tempat-tempat sejarah islam, komuniti islam dan masjid yang menjadi tumpuan umat islam bertemu.