Wednesday, August 23rd

Antara tempat yang harus dilawati……

Salah satu destinasi menarik yang dianjurkan oleh Kembara Riadah Travel & Tour ialah Korea Selatan.Korea Selatan adalah negara yang sesuai untuk dilawati kerana mempunyai sejarah yang tersendiri..

Selepas berakhir Perang Dunia Kedua,pada 15 Ogos 1948 yang lalu,kuasa besar dunia telah membahagikan Korea kepada dua  zon pengaruh iaitu dua Kerajaan dikenali dengan KOREA SELATAN (Kerajaan Pro Amerika) dan KOREA UTARA (Kerajaan berfahaman Komunis).Kedua- dua pecahan Kerajaan ini pernah meletuskan peperangan pada Jun 1953 yang memisahkan semenanjung semenanjung Korea Selatan ke kawasan jauh dan bebas dari tentera Komunis Korea Utara.

Semenjak itu,Republik Korea Selatan,di bawah kerajaan autokratik syngman Rhee dan pemerintah diktator Park Chung Hee,mencapai pertubuhan ekonomi pantas.Sehingga kini,Kerajaan Korea Selatan dilihat pesat membangun dengan sumber ekonomi dan pembangunan yang maju. Korea Selatan juga merupakan Negara pilihan utama para pelancong dari Luar Negara kerana Korea Selatan dilihat sangat terkenal dengan perfileman drama dan jalan cerita yang sangat romantis,dimana Korea Selatan memiliki sekitar 3,000 pulau pulau kecil yang indah dan nyaman antara yang terkanal dikalangan para pelancong ialah Pulau Nami dan Pulau Jeju

NAMI ISLAND

 

postingblog6

nami 4

nami 3

 

 

 

 

 

 

Penggemar Winter Sonata, wajib datang ke Nami Island.Nama Pulau Nami diambil dari Jeneral Nami,pahlawan muda Korea,seorang yang sangat berani yang telah menjadi Jendral di usia 25 tahun.Kubur Jendral Nami terletak di Pulau Nami,lengkap dengan kisah sejarahnya.Namun Pulau Nami terkenal apbila drama ”Winter Sonata”yang dibintangi Kang Jun-Sang(Bae Yong-Jun) dan Jung Yu -Jin(Choi Ji Woo), dua pelakon utama Winter Sonata, saling memadu kasih. Contohnya, hutan tempat mereka berjalan-jalan. Pemandangan di tempat ini memang sungguh romantik.Drama ini popular di berbagai negara asia,terutama Jepun,China,Thailand,Indonesia tidak ketinggalan juga Negara Malaysia.

Pulau Nami ini terletak di tengah-tengah sungai Han,sekitar 63km dari Seoul,kalau dilihat dari atas bentuknya menyerupai kayak daun yang mengapung ditengah-tengah empangan Cheongpyeong,luas pulau ini sekitar 460.000 meter persegi dan kelilingnya sekitar 5 kilometer

 

 

 

N SEOUL TOWER

N Seoul Tower adalah menara komunikasi dan pemerhatian yang dibangun di atas Gunung Namsan di pusat kota Seoul. Dibangun pada tahun 1969 dan terbuka untuk orang ramai pada tahun 1980. Menara ini sudah menjadi simbol untuk Seoul, Menara ini juga disebut dengan nama Namsan Tower atau Seoul Tower. Ada sesuatu yang unik di menara ini, iaitu pada puncak menaranya, ratusan bahkan mungkin ribuan mangga bernama Love Lock terpasang di pagar dengan berbagai macam tulisan berisi cita-cita yang dibuat oleh sepasang kekasih. Kemudian kunci mangga itu dibuang dengan harapan mereka tidak akan terpisah. Love Lock juga umum dilakukan di negara lain, contohnya di China, Uruguay, Taiwan, dsb.

20110225-71

downloadimages

images (1)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

EVERLAND- DISNEYLAND KOREA

download

everland-theme-park

 

 

 

 

 

 

Everland merupakan tempat pelancongan yang terbesar yang terletak di Yongin City, sekitar 50 kilometer dari Seoul, ibukota Korea Selatan. Everland yang termasuk dalam lingkup Everland Resort yang merangkumi Everland (theme park), Carribean Bay (water park), Home Bridge (penginapan bertema alam semulajadi) dan Resort Facility berupa Speed Way (motorcar racing), Transportation Museum, Hoam Art Museum dan sebuah golf course bernama Glen Ross Golf Club. Sepanjang tahun ada enam acara besar di Everland, iaitu Snow Festival (Januari – Februari), Pre-Spring Festival (Mac), Flower Carnival (April-Mei), Summer Splash (Jun-Ogos), Happy Halloween (September-Oktober), dan Christmas Fantasy (November-Disember).

TEMPAT “SHOPPING”

NAMDAEMUN MARKET

Pusat perniagaan tradisional Korea paling besar, tempat wajib dikunjungi bagi sesiapa yang datang ke Seoul dan sukakan barangan pada harga murah. Terletak berdekatan dengan pusat bandar Seoul, pelbagai jenis barang seperti makanan, pakaian, aksesori wanita hinggalah ke peralatan dapur ada dijual di sini. Juga terkenal dalam kalangan pengunjung Malaysia dengan ‘brooch’ berkualiti tinggi.

 

namdae

namdae1

 

 

 

 

 

 

 

 

DONGDAEMUN MARKET

Popular sebagai pusat membeli-belah di waktu malam. Juga terkenal dengan kain ‘cotton’ berkualiti tinggi Korea. Pasar Dongdaemun terletak di sekitar stesen kereta bawah tanah Dongdaemun di daerah Dongdaemun, Seoul, Korea Selatan berdekatan dengan Gerbang Besar Timur dan telah lama dikenal sebagai pasar borong dan runcit, terutama untuk produk pakaian. Di sinilah tempat dimana orang dapat membeli pakaian yang cantik dengan harga yang murah. Tak hanya warga asli Korea, pelancong asing pun sekarang ini ramai yang mengunjungi tempat ini.

dongdae2

dongdae

 

 

 

 

 

 

 

 

 

dongdae1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.