Tuesday, October 17th

Surabaya merupakan bandar kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta.Antara destinasi menarik yang terdapat di Surabaya ialah Masjid Sunan Ampel.

ANTARA SEJARAH MASJID SUNAN AMPEL

Masjid Sunan Ampel ini didirikan oleh Sunan Ampel pada tahun 1421 M seluas 120 x 180 persegi.Bercirikan senibina Arab dan China.Di kiri halaman masjid ini terdapat sebuah perigi yang dibina semasa pembinaan masjid ini,khusus untuk kegunaaan berwuduk para jemaah.Perigi ini mempunyai Keromah (Keramat) yang tersendiri kerana tidak pernah kering walaupun di musim kemarau yang teruk.Air perigi ini dipercayai boleh mnyembuhkan pelbagai penyakit (Dengan izin allah SWT) malah di zaman dahulu dijadikan tempat untuk akur janji dan sumpah benar.ia berperanan tak ubah seperti air zam-zam di kota Mekah .Anda jangan lepaskan peluang  membawa pulang sebotol air perigi ini sebagai kenang kenangan anda melawat masjid ini.Masjid Sunan Ampel merupakan masjid ketiga tertua di Indonesia (1421m).Masjid ini dahulunya menjadi tempat berkumpulnya para Wali dan ulama-ulama untuk membahas dan mengaturkan proses penyebaran Islam di Tanah Jawa.Sunan Ampel dimakamkan di sebelah barat masjid ini dan hingga kini tidak putus putus di ziarahi oleh penduduk Islam seluruh Indonesia,khususnya di pulau Jawa