Friday, October 20th

Screenshot.29405.1000000

Vietnam adalah sebuah negara di selatan tenggara Asia. Vietnam berjiran dengan Negara China di sebelah utara dan Laos dan Cambodia di sebelah barat daya. Terdapat 4 daerah di Vietnam iaitu Can Tho, Da Nang, Hai Phong dan Kota Ho Chi Minh. Ho Chi Minh dulunya dikenali sebagai Saigon pernah menjadi ibu Kota Vietnam yang menjadi Pusat Pentadbiran, Perniagaan dan Budaya. Namun setelah mencapai kemeedekaan Ibu Negara Vietnam telah bertukar kepada Hanoi. Hanoi kini menggantikan bandar HCM City sebagai Ibu Kota Vietnam yang moden dan maju. Vietnam mempunyai penduduk seramai 60 Juta orang. Jumlah penduduk di Bandar Ho Chi Minh saja mencapai angka 20 Juta orang. Ini menjadikan keadaan bandar Ho Chi Minh penuh sesak dan sibuk dengan kenderaan terutama motosikal menjadi kenderaan pilihan utama penduduk. Vietnam pernah dijajah Perancis tahun 1873. Vietnam pernah mengalami pengalaman pahit apabila kuasa-kuasa penjajah seperti Perancis dan Amerika mula mengeksploitasi rakyat Vietnam yang menerima fahaman Komunis di bawah pengaruh Russia dan China.

MyTho

Vietnam pernah terpisah dua iaitu Vietnam Utara (Pengaruh Komunis) dengan ibu kotanya Hanoi dan Vietnam Selatan (Pengaruh Amerika) dengan ibu kotanya Saigon (kini Ho Chi Minh). Bagaimanapun keadaan politik Vietnam berubah bila mereka berjaya mengusir keluar penjajah Perancis dan Amerika pada tahun 1975 dengan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan bersatu semula sebagai sebuah negara yang merdeka. Vietnam hidup dalam peperangan dari sejak 40 tahun lagi. Bermula dengan pengusiran pendatang dari China Utara, hinggalah peperangan melawan Amerika Syarikat sebuah negara kuasa besar yang kononnya cuba menghapuskan pengaruh Komunis di Negara Vietnam.

Selepas Perang Dunia Kedua politik dunia dibahagikan kepada 2 blok kuasa besar yang berfahaman Komunis dan Demokratik. Komunis dipelopori oleh Negara China dan Russia. Sementara negara pro demokratik ialah Amerika Syarikat, Perancis dan Great Britain. Perang dingin kedua-dua blok ini berlaku sejak sekian lama. Sebahagian dari rakyat Vietnam mula sedar tentang muslihat negara penjajah Perancis untuk mengekploitasi ekonomi dan politik negara mereka. Mereka mula bersatu dan melawan Perancis. Perjuangan mereka mendapat bantuan sepenuhnya dari China dan Russia. Melalui bantuan ini mereka berjaya menubuhkan Unit tentera Vietcong di bawah pimpinan Jenderal Ho Chi Minh. Setelah Perancis gagal menghapuskan pengaruh Komunis ini dan Vietcong semakin kuat, mereka telah memohon bantuan Amerika Syarikat pada tahun 1964. Amerika Syarikat dengan angkuhnya memberi tempoh hanya 7 hari sahaja kepada Perancis untuk menghapuskan tentera Vietcong di Vietnam.

Tekaan mereka meleset sama sekali. Mereka telah ditentang dengan hebat sekali oleh tentera Vietcong yang terdiri dari rakyat Vietnam yang bersatu. Tentera Amerika mengalami kekalahan teruk. Mereka mengundurkan diri dari bumi Vietnam secara rasmi dengan keadaan malu pada tahun 1975. Vietnam terus berada di bawah pengaruh komunis dan akhirnya Vietnam Utara dan Selatan bersatu menjadi sebuah negara yang merdeka. Butiran penting untuk renungan kita:-

– Sejumlah 3.14 Juta tentera Amerika termasuk 7,200 wanita dihantar berperang di Vietnam.

– 58,183 tentera Amerika terbunuh atau hilang.

– 3,689 buah kapal terbang Amerika musnah.

– 4,857 buah helicopter Amerika turut hancur.

– 223,748 orang tentera Vietnam Selatan terbunuh.

– Satu Juta tentera Vietnam Utara (Vietcong) juga terkorban.

– 4 juta Rakyat Awam Vietnam terbunuh dan cedera.

– 300,000 rakyat Vietnam dan 10,000 tentera Amerika masih hilang.

– 15 juta tan peluru digunakan oleh tentera Amerika.

– 13 juta tan bom, bersamaan 450 kali ganda bom atom di Hiroshima di gunakan di Vietnam.

– Lebih dari 100 km persegi kawasan hutan tropika di Vietnam musnah akibat kerakusan Amerika.

Sekarang Negara Vietnam adalah salah sebuah Negara Asian yang meningkat maju dan berkembang pesat sebagai sebuah negara pusat perdagangan dan perindustrian. Sekalipun berfahaman komunis namun negara ini kini berada dalam keadaan aman damai dan tiada lagi persengketaan dan penjajahan asing. Vietnam merupakan rakan dagang yang penting dengan negara kita Malaysia.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.